Sunday, December 20, 2009

Kosong.

Kosong.
Rasa kosong.Tak ada apa dalam fikiran.Kosong.Hidup ni kosong.Tak ada lagi.Tak tau lagi apa yg aku cari.Semuanya lain.Semua bukan macam dulu.Lepas papa pergi,hanya dia yg hidup dalam diri aku.Dia yang bina hidup aku.Dia yang bina diri aku.Terlalu banyak kepercayaan.Terlalu banyak kasih sayang.Terlalu banyak kegembiraan. Juga, kesedihan, kedukaan, kekecewaan, dan tangisan.


Rindu.
Memang semua yang jadi,macam baru je berlaku.Aku boleh ingat setiap detik.Setiap perkara yg kami lalui.Terlalu banyak untuk diungkap.Terfikirkan kamu dan kenangan da cukup buat aku senyum dan gembira untuk hari tu.Aku hidup dengan sisa kenangan yang ada.Saya tak cukup kuat untuk lepaskan awak.Belum lagi.Yang datang dan pergi masih belum mampu tandingi awak. Tak akan ada siapa.


Kusut.
Tak tahu rasanya mcm mana aku nak teruskan kehidupan.Mcm mana nk mulakan semua ni semula.Sakit.Kadang2 aku optimis.Kadang2 aku penat.Putus asa.


Apa patut aku buat?Bantulah aku.

Friday, October 23, 2009

Run Baby Run!

Susah utk aku percaya mereka sekarang. Semua. Mereka. Dia. Susah utk aku kisahkan kenapa aku jadi mcm nih. Yang pasti, hati ni berbolak balik. Tak tau mana satu yg patut aku lakukan. Aku da putus harapan. Ke Kota Belud akan membawa diri. Bukan ke kampung aku, atau ke kampung dia. Biarkan aku. Membawa diri ke sana. Air Asia website da aku start belek dr semalam.

Sekadar mahu menghiburkan hati. Menikmati kehidupan. Aku ingin terus bekerja. Bekerja supaya aku boleh pergi lagi jauh dari sini. Aku akan tinggalkan semua ni utk menjadi lebih bagus dr mereka semua. Qatar Airways utk ke Madrid tahun depan. Atau umrah sendiri bersama mak dia.

Mak dia. Selalu call. Masih sms. Ayah dia pon. Lagi jauh aku lari, lagi laju langkah derang ikut aku. Mana lagi harus aku pergi! Mcm mana la hati ni nak sembuh lukanya? Boleh ke aku? Susah.

Sigh. T______T

Thursday, October 22, 2009

How To Let It Go.

Sangat sukar bila memikirkan yg aku harus memulakannya semula. Kehidupan baru yg amat berbeza. Tiada lagi dia. Tiada lagi kami. Tiada lagi semua. Kehilangan yg amat payah utk aku terima. Sama spt bila aku kehilangan papa. 3 tahun utk aku menerima yg papa da pergi.. Mudah utk mereka berkata.

Maafkan saya kerana tidak pernah menghargai sblm kehilangan. Kerana tidak tahu berterima kasih atas pengorbanan. Kerana tidak tahu mengasihi atas kasih sayang yg diterima. Maafkan saya. Andai saya dapat ulang kembali masa ke waktu dulu..

Macam mana lah saya nak luahkan semua yg terbuku di hati. Segala yang terpendam di jiwa. Kesakitan yg tak terbayang. Kehilangan. Dan nak meneruskan kehidupan. Semua amat susah utk dilakukan. Kadang2 hati mengatasi rasional akal. Sehingga melakukan perkara bodoh yg saya sendiri xpikir saya sanggup lakukan nya. Demi melupakan nya. Melepaskan semua.

Maafkan saya. Saya masih belum sedia melepaskan semua.
Maaf.Kebodohan saya.

Thursday, October 15, 2009

Pilot-Its Not Easy.

Salam.
Blog lama masih lagi di'privatekan'.

Ini sekadar kisah hidup aku yang tercampak kat Johor nih. Its really hard for me start over again. Sangat susah. Tempat kerja baru. Hidup sendiri. Jauh dari keluarga and kawan2 yang aku ada. Hampir 7 tahun kehidupan bersama kawan2 dan dia dr kolej. Semua hilang mcm tuh. Semua menjauh. Adalah sangat kekok utk aku keluar bersama mereka.

Hidup sendirian kt Johor nih. Jauh jgak aku bawak diri. Tak ada lagi The Curve, Ikea, Cineleisure tempat2 kegemaran aku lepak. Tak ada lagi TGIF. Tak ada lagi meatball Ikea yg enak.Tak ada lagi jeans Forever 21. Yang ada ayam penyet warong tepi jalan,Jusco Tebrau City yg besar pd nama je.Bandar Pasir Gudang yang aku rasa hebat lagi pekan Parit Buntar kt Perak tuh!! Aku masih belum boleh terima semua nih.

Aku kne kuat. Hidup sendiri mcm ni, aku kne tahan. Akhir2 ni, asek nangis.

Aku penat. Lelah dengan semua yg mendatang.

Bantulah aku.